Tuesday, February 22, 2011

Bulan Dua

Lama sungguh Misako tidak mencoret di sini. Walaupun kekadang keinginan untuk meluahkannya pada mu wahai blog ku, tapi bagai ada saja alasan dan sebab sehinggakan kau tidak ku jenguk apatahlah meninggalkan nota. Maaf ya, blog. Untuk itu, Misako ingin menebus kembali masa-masa yang telah berlalu tanpa Misako mengundangmu untuk sama-sama menghadapi beberapa saat getir dan manis sepanjang tahun ini.

Tahun baru

Tahun baru kali ini berlalu seperti biasa, cuma kali ini Misako tidak menyenaraikan resolusi yang harus Misako capai. Walaupun begitu, ada satu agenda penting dalam hidup Misako yang hampir pasti untuk dimasukkan dalam diari hidup. Belajar. Kali ini Misako nekad. Misako akan sambung belajar. Akan dilanjutkan cerita pasal belajar ini di entri yang lain.

Undi

Semalam, pelajar-pelajar turun mengundi untuk pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Melihat skrin informasi di foyer SKTM tadi, pelajar yang turun semalam hanya 69%. Mungkin selebihnya tidak kisah atas sebarang impak terhadap hasil proses semalam. Biarlah.

Ok, setakat itu saja idea yang dapat dicoretkan di sini. Buntu pulak.
Jumpa lagi dalam entri akan datang.

1 comment:

M Saufi A R said...

69% sahaja?

seperti yang berlaku di luar, kaum bumiputera yang paling sedikit daftar mengundi... mungkin selepas menjadi orang asing di bumi sendiri, barulah mereka nak daftar undi, walhal mereka sudah pun 10 tahun terlambat.