Assalamualaikum
Hari yang ceria bermula dengan mood yang ceria. Di sini, saya rasa saya lebih dihargai, bukan sahaja sebagai pelajar tetapi juga sebagai rakan. Pagi-pagi tadi terserempak dengan dekan sekolah (tempat saya belajar). Beliau menyapa seperti seorang sahabat lama. Bertanya khabar dan keperluan untuk melancarkan lagi proses menimba ilmu saya ini. Agak terkejut sebab jarang-jarang orang besar-besar sudi menyapa ikan bilis seperti saya ini.
Maka atas sebab itu, mood saya sangat baik hari ini. Sampai di lab, terus cari kertas-kertas jurnal yang sudah dicetak, tapi belum dibaca. Hari ini saya bertekad untuk menghabiskan sekurang-kurangnya satu review paper.
Ok, saya sambung dulu. Oh ya, selamat berhujung minggu!
No comments:
Post a Comment