Sejak beberapa hari ini, kelajuan internet di rumah dan di pejabat tersangatlah tenat. Jangankan mo buka Facebook, buka email pun macam siput. Setelah dibelek-belek, rupanya talian Streamyx yang disewa yang kononnya bandwidthnya 512 kbps cuma available di luar waktu sibuk (bukan peak hours). Tapi janganlah mengharap sangat jika bertenet selepas office hour, sungguh lembab. Mudah-mudahan orang-orang Streamyx dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.
