Monday, January 30, 2012

Ada apa dengan Awan Nano?

Esok makcik ada presentation. Kena present progress phd bersama-sama dengan rakan seperjuangan MCG yang lain. Gerun. Idea, ada. Cuma tengah berserakan macam awan nano. Mau dianyam dan disimpul jadi satu idea yang kukuh. By hook or by crook, petang ini slide presentation mesti disiapkan.  (Jadi apa makcik buat menyempat lagi mencoret di sini..?)

Berbalik pada Awan Nano. Memang dari dulu, makcik Misako rasa pelik apa kaitan nano technology dengan awan.

Begitulah awan nano Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu

Tapi bila baca liriknya, Misako rasa apa yang ingin disampaikan adalah cerita mengenai ‘pelindung’ seseorang. Ibu bapa melindungi anak-anaknya, suami isteri menjadi pelindung pasangannya, sahabat yang sentiasa take care of each other. Pelindung yang ikhlas tanpa mengharap balasan.

Lebih sayu lagi bila dihayati cerita dalam video clip Awan Nano si Hafiz dengan bapanya Herman Tino ini.

Pemenang AJL 26

Dan semalam, Ceryl pengacara AJL 26 menerangkan, mengikut menulis lirik En Buddiey maksud nano itu sebenarnya adalah dari bahasa/dialek orang Johor (Johorian, can you confirm this?) yang bermaksud berserakan.  So, Awan Nano dari segi bahasanya bermaksud awan yang berserakan dan dari segi maksud dalam lagu ini adalah awan pelindung ;).

Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Bagi Misako, my parents adalah my first Awan Nano. Eh, macam ada air pulak bergenang di mata Misako.. Now, of course my other half is my Awan Nano,  kan Lai? and hopefully Misako juga akan jadi Awan Nano to my lovely children. Sampai bila-bila. InsyaAllah.

Lihat ke arah sana, Serakan warna dan berarakan.. Awan
Pabila terik panas, Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan, Akulah awan itu yang kau mahu