Tuesday, December 14, 2010

Love Hurts

 

Love hurts. But to Alviss Kong, love kills.

(from C’est La Vie)

He broke up with his girl friend after 4 months of relationship. Depressed, he decided to end it by jumping from the 14th floor of his condo. He said good bye on his Facebook.

What I am trying to say, love is not only about ‘owning’ the person but to love unconditionally. For me, it was really a tragic. I pity all his loved ones. They must be very sad, especially his parents. What more, this people prefer to put their feeling on the social networking sites rather than talking to their parents. Do not attempt to copy what Alviss did. Nauzubillah. Semoga Allah memelihara kita semua. 

Talk to someone that we can trust. Maybe it will not resolve the problem, but at least it can ease the feeling.

As a good friend what we can do is to spare some time to be by those who you think is depressed, no matter how trivial the problem may be and never ever take lightly when someone says they want to end it all.

If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were - Khalil Gibran

Sunday, December 05, 2010

Sad

Something make me sad. Angry? No, just sad. Sometime, things that make you sad is better left unsaid. Hope next year will welcome us with more happiness, bless and health.

Tuesday, November 30, 2010

Buhsan

Di satu petang, bila Misako ambil Danial dari Nursery.. danial

Ummi : Nanti kita singgah ofis ummi ya.. Ummi mo sambung kerja.

Danial : Aaa? Eeei, nanti Enel buhsan tu..

Ummi : Aaa? (pandai pulak dia guna perkataan bosan)

Danial : Nanti buhsan tu ummi..

My Danial, sudah besar. Tahun depan akan pindah ke Taska (PEKA) UMS.

Thursday, November 25, 2010

It’s Red Pen time!

Only have 2 subject. But, both exam are on the final week. DataComm was yesterday and today WebTech. My aim is to finish DataComm by tomorrow. Too ambitious? I have to. The due date is next Wednesday. Bah, mo cari dulu all my ‘happy’ playlist. To accompany me during the ‘mixed-feeling’ journey.

Psst –> No more pics coz my HP’s camera conked. Is that a signal to get the iPhone 4? Yummy!

Monday, November 08, 2010

Kunjungan

Semenjak kebelakangan ini Misako baru terperasan yang bilangan jejak yang singgah di blog Misako ada macam luar biasa sedikit. Betulkah itu 200K? Kalau setiap persinggahan itu dapat menjana 'tabung PTPTN' bak kata si TAMY, bagus jugak. Tapi...

Bila dijenguk-jenguk pada tab Stats, kebanyakan pengunjung adalah dari blog sahabat baik Linachu selain daripada sumbangan En. Google. Dan paling menjadi sejarah, blog Misako dikunjungi sebanyak 398 kali pada bulan Oktober. Walaupun November baru 8 hari berlalu, laman ini telah dikunjungi sebanyak 140 kali.

Musykil juga Misako, bagaimana ini boleh terjadi. Rasanya ramai yang jalan-jalan cari traffic.

Bah, bila ada masa senggang nanti harus Misako cari jalan bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui laman ini. Harus juga Misako mengasah otak mencairkan idea-idea tulisan yang sudah beku. Tapi, Misako hanya berminat menulis (menaip) ayat-ayat dari pengalaman dan perasaan Misako tanpa ada bau-bau komersial. Jadi, harus bagaimana?

Na iyalah, biarlah dulu idea $$$ itu. Yang penting hidup mesti fokus. Tugasan perlu diatur satu persatu. Mengikut prioriti, tentunya. Tapikan, Misakokan multi-tasking dan parallel processing? Iya, itu harus. Aduuh, banyaknya lagi perkara yang ingin diselesaikan. Bah, biarlah. Yang penting esok ada temujanji yang perlu ditunaikan. Ada kerja yang perlu dilangsaikan.

Oh ya, ada anda terdengar mengenai promosi AirAsia 0:01 9 Nov 2010?
Juga Misako akan ke Langkawi hujung minggu ini. Harap-harap Langkawi menerima kunjungan kami dengan sinar mentari yang bahagia.
Mungkin juga Misako akan menjejakkan kaki ke Busan! Masih tengah diuruskan. Jangan terlalu excited, Misako.

Misako signing off for now. Ndak larat mo tunggu 0:01. Salam.
Selamat menghadapi peperiksaan wahai pelajar-pelajar UMS.

Entri akan datang : Kertas Jawapan di mata pemeriksa.

Psst, kawan. Cuba tinggalkan jejak anda pada ruangan komen, agar ada bukti manusia melawat laman yg tidak seberapa ini. TQ ;)

Saturday, November 06, 2010

Pais Ikan : Otak-otak versi Sabah

Pagi tadi, my SIL buat majlis bergunting buat cucu pertamanya, Adam Iman. (DOB : 20 September 2010)
Tema masakan kali ini adalah makanan kampung. Yang paling menarik adalah Pais Ikan. Sungguh sedap! (kalau boleh mau dijilat itu daun pisang, hehehe). Ramai yang suka sebab sudah lama tidak menyantap lauk sebegitu.

Di sini, Misako ingin berkongsi cara-cara memasaknya. Untuk rujukan Misako dan rakan-rakan.

Pais Ikan

Bahan-bahan

Ikan merah - ambil isi sahaja
Kelapa - diparut
Serai - diparut (blender)
Bawang merah - dihiris halus
Cuka
Garam
Gula
Serbuk Kari

Cara-caranya:
Bahan A
Gaulkan isi ikan, cuka, garam & gula.
Perapkan selama satu malam.

Bahan B
Gaulkan Bahan A bersama kelapa parut, bawang merah, serai, cuka, garam & serbuk kari (secukup rasa).

Bungkus Bahan B dengan daun pisang.
Bakar.

Setelah masak, bolehlah dihidang dengan nasi panas.
Nyamaaan!

Wednesday, November 03, 2010

Apa yang saya dapat?


Teringat semasa kecil bila ditanya mau jadi apa besar nanti. Cikgu, jawabku singkat. Mungkin kerana ibuku seorang cikgu. Di kala kursus motivasi tingkatan 5, impianku bertukar. Ingin menjadi doktor kononnya. Namun, di suatu ketika semasa di kelas matrikulasi dalam sesi memecahkan ais, Dr Dayang juga menanyakan soalan yang sama. Puasku fikirkan, apa minatku kini, apalah pekerjaanku kelak. Tiba giliranku, aku panik sebentar. Alahai, belum sempat lagi difikirkan jawapannya lantas lidahku menyebut, pensyarah! Dalam hati berkata, bila masa aku berkeinginan menjadi pensyarah? Mungkin kerana ayahku bekas pensyarah. Juga dalam hati kukatakan, yang penting sekarang aku belajar untuk mendapat keputusan yang baik. Dan jika ada peluang, kuteringin sangat untuk belajar dalam bidang kedoktoran.

Di hujung pengajian tahun 1 matrikulasi, suatu keputusan yang sangat penting perlu dibuat. Semuanya diluar perancanganku. Kami diminta memilih sama ada meneruskan pengajian matrikulasi tahun 2 di Kuala Pilah, atau memilih bidang pengajian yang langsung tidak terfikirkan. Sama ada terus dengan keinginanku menjadi seorang doktor, atau memilih bidang baru perkomputeran mahupun kejuruteraan. Aku jadi bingung. Jika ke Kuala Pilah, belum tentu dapat meneruskan pencapaian yang baik yg membolehkanku masuk ke dalam bidang glamour kedoktoran. Setelah memikirkan semasak-masaknya berbekalkan minda remaja di kala itu, aku memilih untuk meneruskan pengajian di Tahun 1 Sarjanamuda Teknologi Maklumat.

Lalu bermulalah pelayaranku sebagai pelajar Sains Komputer (major). Ketika itu subjek pengaturcaraan merupakan sesuatu yg sangat diluar pengalamanku. Sesuatu yang 'out of the world, at least my world'. Melayari Internet menggunakan Mosaic. Berbaris di depan pintu makmal menanti giliran menggunakan komputer. Mengatur jadual belajar yang sesak dan menghadiri kuliah tanpa gagal (kecuali satu kuliah English, kerana ketinggalan bas jam 7 am). Tiada hiburan lain kecuali menonton siri Superman setiap malam Sabtu. Tiada sesi KFC mahupun McD. Jika diingatkan, sungguh lah bosan hidupku waktu itu. Cuma pergaulan bersama rakan-rakan di Permis mewarnakan sedikit lanskap hidupku sebagai mahasiswa. Juga utusan surat rindu dari si jantung hati menjadi pembakar semangat.

Aku kini seorang pensyarah. Tidak kusangka lancar lidah kumenyebut suatu ketika dahulu, rupanya menjadi kenyataan. Aku memang cintakan bidang ilmu. Berkongsi pengetahuan dengan orang lain menjadi sesuatu yg amat menggembirakan. Apatah lagi jika pengetahuan itu dapat difahami, didalami dan digunakan. Tapi, tidak semua usaha itu berhasil. Kadang kala ianya amat mengecewakan. Adakah aku yang bersalah? Mungkinkah bahasa pengajaranku sangat 'alien'? Atau aku gagal menunjukkan betapa pentingnya ilmu yang diajarkan.

Ada masanya aku pasrah. Malah kubiarkan semuanya berlalu tanpa usaha bersungguh-sungguh. Kerana aku juga tahu berasa penat. Penat kerana usahaku selalu sia-sia. Di mata mereka, mungkin aku gemar menyusahkan. Tapi itu bukan sekali-kali niatku. Juga bukan kemahuan semua rakan pensyarahku. Biarlah. Semoga usaha ikhlasku akan dinilai baik oleh pelajarku suatu hari nanti.

Sahaja aku berkongsi ilmu kerana Allah Taala.

Monday, October 18, 2010

Akhir Tahun

Nurul akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun, esok. Malam ini, sesi ulangkaji terakhir untuk Matematik dan Bahasa Malaysia. Semoga Nurul dapat menjawab dengan baik esok. InsyaAllah.

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Jumaat yang berkat. Semoga ada sesuatu yang menggembirakan menunggu di hujung hari ini. Ya, pembentangan bajet 2011 akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Katanya, bajet kali ini adalah hasil suntikan idea daripada rakyat jelata melalui twitter dan web beliau. Kita tunggu bagaimana olahan idea-idea rakyat ini nanti.

Thursday, October 14, 2010

Biodata Rasulullah S.A.W

Dipetik daripada salah satu email yang dihantar kepada Misako:

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW.  Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.

Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebihmengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan   20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah  Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba  perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali  Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat   untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang   pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa  itu.


USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,  jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah  14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan  berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi  pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya  yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk  meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk  Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke  tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan  batu tersebut.


USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul   akhir zaman.


USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar  Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12  Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah...
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1.  Halimah Al-Saidiyyah 1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai  aku.. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam  syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari    terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa  marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang..
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli  di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali  pertama kali melihatnya..
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur  dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut.. Luas bidang antara kedua bahunya  lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar  dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya...
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan  putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran  sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai  baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Penafian: Segala maklumat ini adalah dicedok 100% daripada kandungan e-mail tersebut. Harap dapat disahkan kebenarannya. Terima kasih.

Wednesday, October 13, 2010

Aki dalam kenangan

 

5 Oktober 2010, Selasa

Hari itu, Sal mengajak Misako untuk mengambil jubah konvo. Takut tiada saiz yang sesuai, katanya. Misako iyakan saja. Sekitar jam 11, Misako dan kawan-kawan bergerak ke Dewan Chanselori melalui Tamu Gadang yang belum begitu ‘all-out’. Ada juga terserempak dengan beberapa orang bekas pelajar yang seperti tidak sudi untuk menegur kami. Mungkin kami bukan antara cikgu yang telah menyentuh hidup mereka sepanjang berada di sini. Tidak mengapalah.

Misako memang tidak merancang untuk menghadiri konvo kali ini kerana ingin pulang ke kampung bagi menziarahi Aki yang sakit tua. Terasa sesuatu yang sukar diluahkan masa mengucup tangan Aki pada hari raya yang lepas. Tiada kata-kata lain yang dapat diucapkan selain mendoakan agar Aki cepat sembuh. Lama juga Misako genggam tangan Aki yang dimamah usia itu. Diam. Sambil memandang tepat ke mata Aki. Misako harap Aki faham dan tahu bahawa Misako sayangkan Aki.

“Sal, kemungkinan besar, aku ndak dapat join konvo Sabtu ni. Mo balik Sandakan mo tinguk nenekku. Dia ditahan di hospital beberapa hari tapi doktor izinkan dia balik sudah. Doktor kata, paru-parunya dan jantungnya lemah sudah”.

Sungguh Misako tidak menyangka, sejurus beberapa jam kemudian Aki telah kembali ke rahmatullah. Tepat jam 4.30 petang Aki menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kata ayah, Aki pergi dengan keadaan yang tenang. Zikir sentiasa meniti bibirnya. Kata ayah lagi, setiap kali ayah datang melawat Aki, beliau akan sentiasa bertanyakan tanda-tanda kematian. Adakah Aki ingin mengesahkan apa yang dirasainya dengan tanda-tanda tersebut? Mungkin.

Bagaimanakah pula bila tiba masa Misako nanti. Ya Allah, aku mohon padaMu agar kau peliharalah imanku, dan cabutlah nyawaku dalam keadaan aku bersedia dan redha. Teringat pula Misako dengan pertanyaan Danish tempohari. “Sakitkah mati, ummi?”

Aki, Allahyarham Hj Liwangsa Hj Zainal. Semoga rohmu bersama-sama mereka yang beriman. Semoga rohmu tenang dan dipelihara Allah di sana. Al-Fatihah.

 

Gambar Raya terakhir Aki

Nota: 6 Oktober adalah hari lahir Aki. Beliau dikebumikan pada tarikh hari lahirnya di Kg. Sentosa Jaya, Kota Kinabatangan.

Thursday, September 30, 2010

Wake me up when September end

Today is 30th September!

It’s nothing to do with the story in the song. Just that, it is already end of September and tomorrow is October! Normally when it’s October, for me, it marks the starting of the end of the year. Well, it really a big deal for me. Why? It’s just because. Because:

  • I still have not finished writing my PhD proposal (though I have prepared all the documents needed and filled up all the forms)
  • The final exam is approaching. Need to compile all the student’s mark and calculate their carry marks.
  • Need to prepare for Danish pre-birthday party. We do it earlier so that he can celebrate it with his school mate.
  • Need to save some money for a mini-gateway early next year. We are going to KL to celebrate Hubby’s birthday. Yeaay!

There are some more. But I hope I can deal with these first. Happy end of September everyone!

Wednesday, September 29, 2010

Sakitkah Mati?

"Sakitkah mati, ummi?"

Mau jatuh air mata Misako bila mendengar pertanyaan Danish.



Setiap hari, Misako menghantar dan mengambil Danish & Danial ke Tadika dan Taska yang terletak di KF. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit ke 1 jam. Itu mengambil kira keadaan lalulintas trafik yang agak padat pada masa puncak. Sepanjang perjalanan ke sekolah, biasanya kami akan berbicara mengenai banyak perkara. Selalunya masa di kereta dipenuhi dengan pergaduhan kecil di antara mereka. Selalu juga Misako terpaksa meleteri Danial sebab kerap merengek minta dilayan.

Seperti biasa, dalam perjalanan balik dari sekolah Danish akan bercerita dan bertanya tentang apa yang telah dipelajari di sekolah. Paling diminati adalah mengenai Tuhan. Danish pasti Allah itu wujud, tapi masih keliru tentang bentuk kewujudannya.

Danish : Allah itu macam bos kah ummi?
Misako: Hmm.. tidak.. Allah bukan manusia.
Danish : Tapi Allah jaga kita, kan ummi?
Misako : Iya..
Danish : Kalau kiamat nanti kita semua mati kah ummi?
Misako : Iya..
Danish : Sakitkah mati, ummi?
Misako terdiam sebentar. Rasanya ada air yang bergenang di kelopak mata Misako.

Misako : Ya, mati itu sakit... tapi..
Belum sempat Misako habiskan ayatnya, Danish menyampuk.
Danish : Eee Danish ndak mau mati!
Misako : Tapi mati tidak sakit bagi orang yang beriman.
Danish : Beriman itu apa, ummi?

dan Misako pun menerangkan dengan panjang lebar, siap dengan contoh-contoh yang boleh difahami oleh anak bujangku yang akan masuk 6 tahun bulan Disember nanti.

Sesungguhnya, mati itu benar! Semoga kita sentiasa dipeliharaNya. Semoga kita hidup dan mati dalam iman.

Thursday, September 23, 2010

Muviee

 

It has been a long time since my muviee treat. Suddenly, Mr Hubby agree to bring us to watch something. Yes, all 5 of us! Including Danial. This will be his first experience. Don’t know how will he react. I know Danish will be over excited as usual.

Movie time is a quite a big deal to us coz it’s quite hard to handle the kids.  Need to choose suitable movie so that they will keep occupied with the story and sit ‘kuai2’ without running here and there or keep visiting the toilet. All the time they wanted to the wee wee room, yours truly yg kena bawa and mostly miss the climax part of the muviee.. Sigh..

So, tonight I am still thinking which muviee to watch. Which one do you think will keep the excitement until the end of it?

the wonderful 3D animation..

Legend of The Guardians : The Owls of Ga Hoole?

or

the KRU’s interesting combination of our childhood stories

Magika?

Open Houses

Selamat Hari Raya! Just got back from our Big Boss’s open house. It was great. Love meeting the old, familiar friends and the new one too. The sense of belonging singgah sebentar di hati when I saw those faces.

I brought my Nurul too. She is on leave for the UPSR exam. At first, she was so afraid coz she thought she will be the only kid attending the open house. Turn up that she was glad to come, duit raya! Yup, big boss gave duit raya to the kids. There were also several kids with their parents.

Overall it was nice to attend the open house. Not because of ‘bodek ing’ the big boss, but instead seeing old friends was great.

One funny incident happened to one of my friend. Ada orang tersalah pakai kasut sebelah when she got out from the house. So, she went back to the office with different pair of shoes!

kasut

Salam 14 Syawal!

Saturday, September 11, 2010

Salam Aidilfitri


We had a blast 1st day of Raya!



Selamat Hari Raya to all my family, friends and students..

More pics

Monday, September 06, 2010

Sehari Lagi

Sehari lagi di KK, sebelum balik kampong. Seronok sungguh. Tapi sebelum balik Sandakan, ada lagi beberapa perkara yang perlu diselesaikan di sini. Dalam erti kata lain, shopping! Ala kadar saja. Sambutan raya tahun ini, ala kadar saja. Kena berjimat cermat walaupun ada bonus Raya. Jangan membazir sangat, lebih kita bersedekah pada yang memerlukan. Macam saudara kita di Pakistan tu, sungguh kasihan melihat mereka. Jangankan baju baru, belum tentu Raya kali ini dapat disambut dengan gembira.

Apa-apa pun Misako bersyukur sangat diberi kesempatan untuk berpuasa lagi tahun ini. Semoga tahun depan dapat bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Tidak terasa, Ramadhan kini dipenghujungnya. Rasa sayu pun ada. Sebak juga rasa di dada bila memikirkan, belum tentu dapat bertemu Ramadhan akan datang. Semoga segala ibadah kita diterima Nya. Semoga kita akan hadir sebagai insan dan hambaNya yang lebih baik, lebih bersyukur.

Oklah, Misako mo bersiap-siap dulu. Mo pi Karamunsing mo beli :
  • seluar Danish (anak ummi ni membesar dengan Johan.. seluar semua ndak muat sudah)
  • kasut Nurul (pun cepat betul membesar.. kasut semua sudah ndak muat)
  • contact lense Misako (hehehe Raya ni mo try contact lense pulak)
  • dan lain-lain kalau mencukupi budget dan perlu.
Semoga bertemu lagi di entry akan datang.. Wassalam.

get your free blog banner at emilayusof.com
get your free blog banner at emilayusof.com

Tuesday, August 10, 2010

eLarapan

 

Just came back from Pulau Larapan, Semporna for a community project with UNIMAS. Wonderful experience, especially travelling with kak Ina. Learnt a lot, not only about people’s of Larapan, but also about the different perspective about love and life.

Four days and three nights. Introducing the Bajau of Larapan to the ICT, was not an easy task. Though, we enjoy it very much. Knowing Su and the Unimas gang was one of the interesting part, knowing kak Ina is another eye-opener. Thank you for the opportunity, Prof Vincent!

Tuesday, July 06, 2010

Did You Know?

 

I am one of the follower for this video. This time it is version 4. Very informative. I like.

Tuesday, June 22, 2010

Tunggul

“Persatuan Gigi Tunggul Tegar” kata one of my friend, Sar. Kelmarin Danish mengadu sakit gigi (actually gusi). Memang gigi depan 4 batang sudah jadi ‘tunggul’ menunggu masa mo gugur. Tapi punya lah hardcore tu tunggul, masih lagi ndak gugur2 walau pun sudah hampir 2 tahun bertahan. Dijadikan cerita, Danish was begging me to bring him to the dentist. Thanks to the teachers at PEKA, menanam sikap positif terhadap dentist dan doctor. In fact, lama sudah Danish minta bawa pi dentist, tapi Misako jak yang selalu sibuk dan… malas. Hehehehe.
DSC01456 DSC01421 DSC00848
Misako pun cuba tanya kawan-kawan mengenai klinik gigi yang pernah mereka pergi. Ada satu di Indah Permai, tapi Misako call berkali-kali tiada jawapan. Terpaksalah minta bantuan Mr. Google. Dapat lah beberapa klinik di KK. Sekali lagi Misako kecewa sebab kebanyakannya kena buat tempahan awal, dan sudah penuh sehingga next week.
Ikhtiar kedua, shout it at the Facebook. Nampaknya membuahkan hasil. Ramai yang bagi suggestion.
 image
Akhirnya, setelah puas menelefon klinik-klinik yang telah disyorkan, Misako dapat appointment pada hari yang sama di Klinik Pergigian KK, Asia City.
Apabila sampai saja di sana, seorang gegurl tengah berteriak dan menangis. Bila keluar, masih lagi menangis kesakitan sebab kena cabut gigi. Danish yang mula2nya cool sudah nampak sedikit ‘sejuk’.
Danish: Kenapa dia ummi?
Misako: Kena cabut gigi.
Danish: Berdarah ka tu ummi?
Misako: Danish good boy, kan? Danish kuat bah.
Nama Danish dipanggil. Thanks to the nurse, she tried to comfort him. The dentist is really young. Dr Zarita start by asking friendly questions. Danish looks ok and told the dr. which part of his teeth yg sakit. Dr Zarita suggest not to pull the teeth because 1) gusi Danish bernanah, kalau kena cabut sure sakit. 2) It’s about time, ‘tunggul’ Danish akan gugur bila2 masa. So, no point of introducing him the ‘experience’ anyway.
I like the way she treat the patient. She advised Danish to brush his teeth and to drink milk from a cup, through a story. Ben10 and the giant ‘giuk’. Danish seems comfortable and agree to take the medicine after the Dr ask him.
In the end, no teeth were sacrificed. No feeling was hurt. It was a ‘happy’ visit to the dentist. Here I would like to share the phone number of several dentist around KK.
Klinik Pergigian KK (Dr Zarita will only available on Mon, Wed, Friday), Asia City dekan Kedai RM2 One Stop, 088-252964
Dr. Rashid (also recommended for children, booking in advance needed), Plaza Likas depan Masjid Bandaraya, 088-378387
Klinik Gigi Complex Karamunsing – 088-239803
Klinik Gigi F.T. Chin, Dekat Survey di Likas, 088-426611
Klinik Gigi, Api-api, 088-251663
Klinik Gigi Indah Permai, 088-490527

**Update**

Teh and Chan Dental Surgery, 
Lot 3-0 , Lorong Plaza Kingfisher 1, Plaza Kingfisher, 088386322

Monday, June 14, 2010

Short Trip to JB

Misako is currently at Johor Bahru for 3 days, attending a short course at the UTM, Skudai. It is great to learn new things and share the experience from the speakers, after sometime. It is also nice to meet new people in the (sort of) same area from different institutions.

Last night, Yatt fetched me and off we go to search the best Mee Rebus in town and found it at the food court at Angsana Plaza. It was a good combination Mee rebus + Yong Tau Foo JB Style + Green Apple juice. Marvelous! Thanks Yatt! (It's not healthy for me to stay longer in JB. Do AirAsia charge for added kilos on the passenger?)

Tomorrow will be a long day. Need to check-out after breakfast and straight to the airport after training around 5 pm. Going to find nice, cosy place to bertapa until 9pm before fly back to KK.

Wednesday, May 12, 2010

Di Kaki Gunung

Hujung minggu yang lalu, Misako menghadiri bengkel pemurnian dokumentasi MQA. Kali ini bagi memperbaiki Course summary, terutamanya bahagian Learning Outcome dan mapping the soft skills dan learning taxonomy. Alhamdulillah semoga semuanya selesai dan dokumen dapat dihantar ke JPT segera.

Sambil-sambil berMQA, keluarga ‘besar’ Computer Science berehat dan mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Ada juga sambutan hari jadi Misako sambil makan kek ‘terbabas’ yang dibawa khas oleh Mek Asni dan rakan2. Terima kasih. Syahdu pulak Misako rasa.

Tinggal di Pine Resort. Amat nyaman dan sejuk mata apabila melihat permandangan ciptaan Allah. Subhanallah. Anak-anak sungguh gembira bertemu kembali dengan ‘geng kolam renang’. Asyik bertanyakan di mana letaknya kolam renang di Pine Resort. Pertanyaan yang berulang kali itu, lenyap apabila dibawa mandi sakan di Kolam Air Panas Poring.

Rasanya objektif bengkel kali ini tercapai. Sejurus turun dari kaki gunung, Misako terus ke kuliah hari Ahad bersama rakan2 PLUMS.

_1013365 _1013386 _1013401 _1013487 anak2 A0013519 A0013729 A0013415

Wednesday, May 05, 2010

34

Alhamdulillah. Masih bernafas di bumi Allah pada usia 34 tahun.

Terima kasih buat ayahanda dan ibunda yang telah melahirkan, membesarkan dan memberi didikan pada anakanda hingga saat ini. I love you both.

Sangat terhibur dan gembira (walaupun mendapat berita kurang gembira sebelum ini) sebab menyambut hari ini dengan kawan2 yg best2. Especially dear hubby, my high-school-sweetheart.

Terharu menerima hadiah dan kad daripada anak2 dan suami. I love u all. Mmmuahh~!

Terima kasih atas ucapan birthday daripada keluarga, kawan2, anak2 didik, bekas2 anak didik, kawan2 FB dan yg seumpamanya. I fill blessed to have all those who cares. (walaupun tau birthday tu dari FB) ;).

Mohon dipanjangkan umur dan diberi rahmat dan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus hidup dalam iman dan dapat beribadah pada Nya hingga hujung nyawa.

Amin ya rabbal alamin. Alhamdulillah. Aku bersyukur pada mu ya Allah.

Wednesday, April 28, 2010

Hujung

Menghampiri di penghujung April. Penghujung semester. Penghujung umur yang ke-tuuut!

Tiada yang istimewa, cuma teringatkan satu situasi yang menyebabkan Misako macam mo sawan sebentar. Suatu hari, seorang pelajar mengetuk pintu dan selamba masuk dan memberikan soalan yang membebankan benak dan perasaan. Misako tanya, “what can I do for you?”. Pelajar A jawab, “I want to get more details on the TIPS for the final exam”.

Terkelu seketika. Ini bukan kali pertama pelajar ini mengikuti kelas Misako. Tidakkah dia masih tidak tahu yang Misako tidak sekali-kali memberikan tips di luar kelas? Lagi pun, Misako sudah pun bincang pasal bab-bab yang perlu ditekankan untuk final exam dia akhir kelas. Siap Misako tanya lagi sama ada ada soalan atau tidak. Semuanya diam membatu (seperti biasa). Misako ulang lagi dan nyatakan “Ok, if you don’t ask now, then don’t expects me to answer your questions regarding final exam after this.”

Misako tenung mata pelajar tu dalam-dalam.

Misako : I don’t remember. Besides, we have already discuss about this in the class. Didn’t you attend the class?

Pelajar : Yes ma’am, but I need more detail information on the chapter that will come out in the exam.

Misako : Sorry, I don’t remember. You don’t want me to give you false information, do you? Ask your friend.

Kepada semua student Misako, selamat maju jaya. InsyaAllah, cikgu Misako halalkan segala ilmu dan pengetahuan yang kita kongsikan bersama selama kamu berada di Uni. Jadilah insan yang berguna. All the best!

with x-student DSC01003

Gambar2 hiasan

Friday, April 23, 2010

Wayang Free

It was a good opportunity when I was invited to be one of the AJK of a Viva Voce. Although it was not my area of expertise, I force myself to attend it. I was really a good experience, I learn a lot.

Some points that I get from the exercise:

  • Writing your PhD thesis is a very, very serious job. The English writing skills is a MUST.
  • Need to cite all the related research and justify why it is relevant to your study.
  • All definition, terms, keywords must be clearly elaborated.
  • All results of experiment must be supported with strong justification and relate to the theory.
  • Do not use ambigous term like, very excellent, very efficient, not so robust, etc. Need to compare it to a certain standard such e.g. It is very efficient theorem because the average delay is 20 ms, which is.. bla..bla..bla..

Like Dr. R, said.. it was a wayang free for me to prepare me for my Viva voce, one day. 

Thursday, April 15, 2010

e-Learning

 

Also known as electronic learning. But the implementation should not replace the traditional teaching and learning process, for me lah. Wanted to say something about e-Learning not only because just came back from a meeting about e-Learning, but also because it is the combination of my two passion: computer and learning.

“Early E-Learning systems, based on Computer-Based Learning/Training often attempted to replicate autocratic teaching styles whereby the role of the e-learning system was assumed to be for transferring knowledge, as opposed to systems developed later based on Computer Supported Collaborative Learning (CSCL), which encouraged the shared development of knowledge.” –wikipedia.

Do you really believe on e-learning? What I mean is, do you believe that this e-learning thingy could work? Can learners learn through an online medium? Particularly on their own. There are alot of online learning product coming in to the market. Although it has its own users, but some still do not believe on it. They would prefer a one-to-one teaching instead, which I found cannot be replaced by the computer 100%. However, for me, we should provide an alternative platform especial for the youngsters to get the benefit of the Internet. Not only for the entertainment, but also for the educational purpose.

There are a lot of hassle in order to make e-learning really work. I already experienced them for almost 10 years. And still, it is still in my heart and thinking of pursuing my research and study into it, no  matter what others will say. For me, passion is the most important thing. At the end, it’s passion that will drive you to your goal.

danial makan2 with student the ultramen above the cloud

Gambar2 hiasan..

Thursday, April 08, 2010

April

April datang lagi. Wah, sudah 1/3 tahun berlalu. Semester pun sudah sampai ke penghujungnya. Nampaknya kena bekerja lebih tekun lagi untuk mencapai apa yang telah dirancang. Setakat ini, sangat berpuas hati dengan perkembangan sasaran kerja. Beberapa kertas kerja telah ditulis dan dihantar ke panel editor persidangan. Dua telah diterima, syukur Alhamdulillah.

Episod Gembira

Perasaan gembira sebab dapat Gangsa dalam pameran rekacipta masih lagi berbunga-bunga di hati. Hari ini kami akan meraikan kejayaan kecil kami sambil merancang rencana untuk langkah-langkah penyelidikan akan datang. Ianya amat membuka mata dan memberi motivasi kepada kami. Sekurang-kurangnya, minat kami dalam bidang pendidikan tidak sia-sia, walaupun kami adalah dari golongan ‘computer scientist’.

Saya asyik menyebut ‘kami’. Kami bermaksud, kumpulan penyelidik yang mempunyai minat yang sama. Tidak kira lah dari segi bidang penyelidikan, hobi mengumpul tupperware, rakan seperjuangan semasa makan-makan, mahupun semasa bersukan. Saya rasa bertuah mempunyai rakan-rakan sedemikian dalam kerjaya yang mencabar ini. Mencabar? Iya, mencabar bagi saya.

kursus Linuxbengkel dokumentasi MQA makan2 sempena konvo bekas2 pelajar

gambar hiasan

 

Episod Terkilan

Semalam, dengan terus terang saya menyatakan bahawa saya amat kecewa terhadap beberapa orang pelajar yang telah lambat menghantar tugasan dan demo projek mereka. Mungkin ada sekelumit rasa hormat terhadap cikgu mereka ini, namun saya rasa sedikit terkesima dengan sikap mereka yang tidak ambil kisah. Ya saya tahu, pelajar memang suka buat kerja saat akhir. Ia amat diakui (secara terbuka) oleh kebanyakan pelajar. Amat terkilan apabila tempoh masa tambahan diberikan dan pelajar-pelajar mengambil peluang tersebut untuk BARU memulakan tugasan yang telah diberi lebih sebulan yang lalu. Hasilnya, pasti dapat dikesan apabila mereka menyampaikannya (present) kerja semalaman yang sepatutnya dibuat selama untuk satu bulan.

Jangan disimpan di dalam hati, kita ni professional. Ujar seorang rakan. Ya, saya akan sentiasa bersikap professional. Jangan bimbang, wahai pelajar, ianya hanya melibatkan 10% daripada markah keseluruhan. Saya pun sudah memaafkan kealpaan mereka. Saya doakan semua pelajar saya berjaya di masa hadapan.

Titik. 

Thursday, April 01, 2010

Teh Tarik Session

It has been quite some time since the last time we have the teh-tarik-session, kan Az. And as usual, it always a nice catching-up with my dear friend. Breakfast is an important routine for me and normally it will makes a good start for my day, especially when it is spent with your good friend.

Always looking forward for this session because this is the time where we will update each other on what’s going on with life, and kids. Sharing experiences, daily encounter, ideas, future plans and all the positive things. Life always a wonderful journey when you are surrounded by nice friends like mine. At least it opened another door to another option on how you want to picture your future.

Hope to get the opportunity to catch ups with my other long-lost friend.

Monday, March 29, 2010

My Girl

It has been 10 years since that day. 10 years being a mum, has teach me a lot. 29 March 2000, 23.53 hours. I still remember the sound of her first cry. When hubby said, "baby girl, ling!", tears of joy shed away the whole night pain of labor. She is so beautiful. I can see hubby's and my face in hers. Through out the sweet and hard experience giving birth without my family around, I always feel blessed. Thank you hubby, for being my ‘confinement lady’. :) 

This little girl makes me laugh, she also makes me cries. Dealing with her 'tebiat', most of the time I lost my temper. I tried slow talk, and sometimes it succeed. But just for a while. Then she will do it again. And again. And again. I guess it will never stop. But I also will never stop giving the unconditional love.

Dear Nurul, you are a big girl now. But you will always be our girl forever. What ever you do, just remember ummi and ayah (of course) will always be at your side. I will be your bestest friend forever. Happy birthday, dear.

Hugs and kisses,

xoxo
Ummi
 
Kat-rumah-Possilpark-Glasgow Ummi-and-Nurul-depan-Strathclyde-Universitys-Library with-bob
hehehe 2-yrs-oldwith-friends-and-teacher-Nur 10316547   19195845againkakak-abg with-Kakak  16908129

Friday, February 05, 2010

Wanita Di Mata Lelaki

 

Ya, agak lama juga Misako tidak mencatatkan apa2 di ruangan blog ini. Nampaknya sang blog kenalah bersedia untuk menerima keadaan Misako yang sentiasa sibuk, kebelakangan ini. Jangan sedih ya, dear blog. Akan Misako usahakan agar, sekali sekala Misako menjenguk dan menyapa bila mana Misako ada kesempatan.

Sempena hari Jumaat yang berkat ini, Misako ingin berkongsikan satu artikel yang dibaca di blog sahabat, Mimi, yang katanya diperolehi daripada Majalah Wanita. Artikel ini walaupun mengetengahkan isu yang selalu kita baca, tapi cara olahan dan penyampaiannya sangat bersahaja dan kelakar. Namun, disebaliknya ada nasihat2 yang bernas dan praktikal.

Walaupun Misako belum mencecah 40-an, tips-tips yang diberikan boleh lah diamalkan agar dapat menambah keserian alam rumah tangga. Bagi adik2 yang belum join kelab ‘rumahtangga’, anggaplah ini sebagai persediaan untuk masa depan :D

DSC01168 DSC01152 DSC01164

Gambar Hiasan.. Sepetang di taman permainan dekat Wisma Pertanian

 

Jom, layaaaan…..

Wanita Di Mata Lelaki
OLEH : ABD. JALIL ALI

Petua menggoda Suami di Usia Tua Matang


ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita, sumpah! Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam can Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Minah dan Leman tidak serupa.


Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.


Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki can perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.
Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.


Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.


Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru, blah, blah, blah.


Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, can sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.
Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.


Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.
Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"


Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.
Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.


Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.


Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan, seperti yang disyorkan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis yang kreatif lagi inovatif itu.


Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.
Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!


Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.


Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.


Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.


Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.


Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.


Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!


Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.


Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.


Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.
Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"


Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"


Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.


Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.


Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.


Kepada penulis asal atau Majalah Wanita, mohon diizinkan untuk dipaparkan di blog ini  bagi perkongsian ilmu. Please don’t sue me, I will remove it if its clash with the copyright issue.

Wednesday, January 27, 2010

Silence

Dear blog,

Really sorry. It is ‘that’ time again. When the busy-ness strike, I found that it is hard to squeeze the time for you. My To Do list is never ending. Besides, people keep asking when I am going for my study leave. Are they tired to see me here in the school? Or maybe they just don’t have other question to ask.

Ok lah. Got to go to pick up Nurul from sekolah agama. Hopefully tomorrow will be better than today. Two, or no.. three papers are waiting to be settled before end of this week. *Sigh*

Have a nice day, all.

danialP/s – Danial is almost 3! Pandai sudah cakap anak ummi ni.. tapi manjanya bukan main.. always love you all, kiddos!

Friday, January 08, 2010

Water

 

I received this email from my teacher during primary school. I am shocked he still remember me ;) Thank you Mr. Wong!

How much water do you drink in a day? Plain water is not my favourite, but I know it is important for our body to function well. We need to drink 2l of water everyday. That’s 4 bottle of mineral water (small)! Banyak nya.. But you don’t have to drink it in one go, right? Here’s the best time to consume our plain water.

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water      - After waking up -  Helps activate internal organs  

One (01) glasses of water  - 30 minutes before meal - Help digestion  

One (01) glass of water      - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water      - Before sleep  - To avoid stroke or heart attack

water

That’s for today..enjoy ur drinks!