Saturday, May 10, 2008

No No..


Can't be denied, TV is a big influence especially to children. It happen to my Danish. You see, he is a big fan of Astro Ceria. To be specific, Ultraman. He can name all the seven (is it 7) Ultramen's Brother. Name it from Ultraman Tiga to Zoefee. How ever there are several phrases from the tv which is not suitable to children. Some phrases Danish learn from the colorful box:

Tak guna! (From ultraman, Thomas & Friend)
Semangaat! (Dunno from where)
Apalah awak ni...


Hmm Danish..danish..

Thursday, May 08, 2008

Halalkah Makanan di Hotel 5 Bintang?

Saya telah menerima email dari seorang kawan. Rasanya ia adalah email yg diforward dan menceritakan mengenai respond seorang pendengar tentang penyediaan makanan di hotel 5 bintang oleh bekas chef di hotel terkemuka. Berikut adalah petikan email tersebut. Saya rasa wajar diberi perhatian kerana setiap makanan yg kita makan akan menjadi darah daging kita. We are what we eat.

PENGAKUAN 2 CHEF HOTEL 5 BINTANG
>
>
> Assalamualaikum,
>
> Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
>
> Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
>
> Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan
> sedap.
>
> Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?
>
> Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
>
> Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
>
> Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
>
> Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.
>
> Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
>
> Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.
>
> Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
>
> Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
>
> Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
>
>
> Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.
>
> JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
>
> Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.
>
> Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
> Wassalam...
>
> Petikan:
>
>
> Posted by Dr Azwan at 8:43 PM

Wednesday, May 07, 2008

Hubby is Outstation

Hubby went to Perak then ahead to Langkawi for some nature activities involving school students organized by the UNESCO. Just now he called to let me know that they have arrived at the Langkawi safely. Will call him tonight, to let our Nurul, Danish & Danial have a chance to chitchat with their ayah.

What's My Blog Rated?


Yeah, right. So this blog is rated as a squeaky-clean, family-friendly "G." So, don't expect extra surprises here ;)

Okay, your blog can get rated at JustSayHi, and they have interesting widget also.

You Deserved It!



At last the two guys who abducted the poor girl of UMS has been sentenced to the prison hopefully long enough before they can breath the air of freedom. This was not their first wrong doing. I heard that they are into syabu and car thief before this.



Mohd Sahrizal bin Suhaili, 21 dan Mohd Ariffin Bidin 29 tahun dijatuhkan hukuman penjara 108 tahun dan 45 sebatan.(menurut berita tv3)

Mohd Ariffin dari Kg. Tarap Bongawan dipenjara 56 tahun, 25 sebatan dan denda RM1000.

Mohd Sahrizal dari Kg Pirasan KOta Belud dipenjara 35 tahun, sebatan 20 kali dan denda RM1000.

Kedua-duanya boleh ditambah 5 tahun lagi untuk hukuman penjara.

Hukuman dijalankan serentak.

Kereta Kancil yang dicuri adalah milik Zainal bin Tahir, dicuri di Jalan Pantai antara 2 dan 3 Mac 2008.


I like this Fakta Nombor done by Ramok

Mohd Arifin dipenjara 56 tahun, bermakna dia akan keluar pada tahun 2064. Pada waktu ini beliau sudah berumur 85 tahun. Iaitu setelah 44 tahun kita mencapai negara maju pada 2020.

Mohd Sahrizal Bin Suhaili dipenjara 35 tahun, bermakna dia akan keluar pada 2043. Pada waktu itu beliau sudah berumur 56 tahun. Iaitu setelah 23 tahun kita mencapai status negara maju pada 2020.

Kes Culik Pelajar UMS


It was very sad to hear that the student has gone through a very traumatize experience. For sure this is not the kind of experience she expected when she came to UMS to study. We hope she will be strong to continue her life (although I heard that she already committed suicide, anybody can confirm the story?)

Ok, so what really happen that day? I picked this writing from a blog de SinggahSini.


Ya, anda mungkin telah membaca-mendengar-menonton berita ini dalam media arus-perdana: sama ada di alam siber, percetakan mahupun elektronik. Tapi wartawan de’ SinggahSini memberikan liputan eksklusif, menerusi kacamata peribadi sebagai seorang warga UMS!

Pada 15 April 2008 lepas kira-kira lewat pukul 7pm, seorang pelajar UMS telah diculik di Kingfisher. Menurut beberapa saksi kejadian, pelajar tersebut yang berjalan di belakang rakan-rakannya pulang dari Supermarket, tiba-tiba ditarik oleh penculik ke dalam sebuah kereta model Kancil berwarna biru tua berplat SAA4558N. Pada pukul 8.50pm saya telah menerima SMS yang memaklumkan kejadian tersebut dan SMS yang serupa juga saya terima beberapa minit kemudian daripada seorang kawan.

Tanpa teragak-agak saya juga turut menghantar SMS tersebut kepada rakan-rakan lain walaupun mereka tidak berada di Sabah. Cemas dan terkejut menyebabkan saya merenung, “kesian pelajar tesebut dan kesian lagi keluarga mereka yang jauh”. Pelajar malang tersebut berasal dari Sibu, Sarawak. Pada malam tersebut kelihatan ramai pelajar UMS berkumpul bersama-sama polis yang mengadakan sekatan jalan yang menghala keluar KF.

Sementara itu pada keesokkan pagi kira-kira 10 jam selepas kejadian, dikhabarkan bahawa seorang daripada penculik tersebut telah berjaya ditangkap di Keningau manakala, seorang lagi telah ditangkap pada keesokan harinya di Tambunan. Mangsa pula dilaporkan telah diselamatkan dan sedang mendapat rawatan di Hospital Keningau. Lihatlah betapa bodoh dan kejamnya penjenayah tersebut, mungkin mereka ingat pelajar UMS ini senang dijadikan mangsa mereka? Ternyata mereka silap dan perbuatan mereka ini membawa padah.

Kejadian tersebut telah banyak mendapat perhatian daripada pelbagai pihak serta ramai yang sudi membantu dari segala aspek terutama pihak Polis yang cekap mengendalikan kes tersebut. Buletin de’ SinggahSini juga turut berdukacita atas kejadian yang telah menimpa pelajar tersebut dan keluarga. Kami mengharapkan agar beliau cepat sembuh dari pengalaman ngeri yang dialami serta kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswi.

Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada pihak polis yang cekap, para pelajar, staff dan orang ramai yang bersama- ama bertungkus lumus membantu menyelesaikan kes tersebut. Diharapkan kejadian tersebut menjadi tauladan kepada para pelajar lain agar lebih berhati- hati. Juga diharapkan para peguam serta hakim juga tidak teragak-agak membuat keputusan yang tegas dalam mengendalikan kes tersebut.

(Catatan kronologi peristiwa dari kacamata wartawan de’ SinggahSini, Sdra. Stanley Suab, yang berasal dari Sarawak!)