It was very sad to hear that the student has gone through a very traumatize experience. For sure this is not the kind of experience she expected when she came to UMS to study. We hope she will be strong to continue her life (although I heard that she already committed suicide, anybody can confirm the story?)
Ok, so what really happen that day? I picked this writing from a blog de SinggahSini.
Ya, anda mungkin telah membaca-mendengar-menonton berita ini dalam media arus-perdana: sama ada di alam siber, percetakan mahupun elektronik. Tapi wartawan de’ SinggahSini memberikan liputan eksklusif, menerusi kacamata peribadi sebagai seorang warga UMS!
Pada 15 April 2008 lepas kira-kira lewat pukul 7pm, seorang pelajar UMS telah diculik di Kingfisher. Menurut beberapa saksi kejadian, pelajar tersebut yang berjalan di belakang rakan-rakannya pulang dari Supermarket, tiba-tiba ditarik oleh penculik ke dalam sebuah kereta model Kancil berwarna biru tua berplat SAA4558N. Pada pukul 8.50pm saya telah menerima SMS yang memaklumkan kejadian tersebut dan SMS yang serupa juga saya terima beberapa minit kemudian daripada seorang kawan.
Tanpa teragak-agak saya juga turut menghantar SMS tersebut kepada rakan-rakan lain walaupun mereka tidak berada di Sabah. Cemas dan terkejut menyebabkan saya merenung, “kesian pelajar tesebut dan kesian lagi keluarga mereka yang jauh”. Pelajar malang tersebut berasal dari Sibu, Sarawak. Pada malam tersebut kelihatan ramai pelajar UMS berkumpul bersama-sama polis yang mengadakan sekatan jalan yang menghala keluar KF.
Sementara itu pada keesokkan pagi kira-kira 10 jam selepas kejadian, dikhabarkan bahawa seorang daripada penculik tersebut telah berjaya ditangkap di Keningau manakala, seorang lagi telah ditangkap pada keesokan harinya di Tambunan. Mangsa pula dilaporkan telah diselamatkan dan sedang mendapat rawatan di Hospital Keningau. Lihatlah betapa bodoh dan kejamnya penjenayah tersebut, mungkin mereka ingat pelajar UMS ini senang dijadikan mangsa mereka? Ternyata mereka silap dan perbuatan mereka ini membawa padah.
Kejadian tersebut telah banyak mendapat perhatian daripada pelbagai pihak serta ramai yang sudi membantu dari segala aspek terutama pihak Polis yang cekap mengendalikan kes tersebut. Buletin de’ SinggahSini juga turut berdukacita atas kejadian yang telah menimpa pelajar tersebut dan keluarga. Kami mengharapkan agar beliau cepat sembuh dari pengalaman ngeri yang dialami serta kembali bersemangat untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswi.
Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih khasnya kepada pihak polis yang cekap, para pelajar, staff dan orang ramai yang bersama- ama bertungkus lumus membantu menyelesaikan kes tersebut. Diharapkan kejadian tersebut menjadi tauladan kepada para pelajar lain agar lebih berhati- hati. Juga diharapkan para peguam serta hakim juga tidak teragak-agak membuat keputusan yang tegas dalam mengendalikan kes tersebut.
(Catatan kronologi peristiwa dari kacamata wartawan de’ SinggahSini, Sdra. Stanley Suab, yang berasal dari Sarawak!)
No comments:
Post a Comment