Gaji bulan 12 hari tu ada extra RM500. Syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya boleh lah cover barang-barang sekolah anak-anak. Seronok juga bila shopping baju sekolah, kasut sekolah, buku-buku etc. Tapi duit mengalahkan air sungai yang mengalir dari Gunung Kinabalu. RM100-200 macam nada, sekelip mata jak habis. Fuhh..
Bila masuk pendaftaran sekolah, baru lah terasa RM500 tu memanglah ndak cukup. Yuran sekolah rendah, reasonable lah juga. Tapi bila register sekolah agama rakyat, waduh boleh tahan juga. Kalau beli baju seragamnya, mau-mau sampai RM300. Yuran bulanannya pun sudah RM80, campur bas dan yuran transit adalah dalam RM150 sebulan. Ndak apa, itu sudah tanggung jawab parents kan.. lebih-lebih lagi bab-bab agama ni, ndak boleh dipandang ringan. Mudah-mudahan anak-anak kita akan jadi insan yg soleh-solehah. Amiin.
Kemarin, sudah lah kelang-kabut menghantar Nurul awal pagi p sekolah, bila sampai taska Danish cikgu kata Rabu baru start sekolah. Isnin Selasa masa untuk pendaftaran. Maka dengan selambanya Misako pun mendaftarkanlah si Danish ni. Macam kabur-kabur mata Misako bila lihat yuran pendaftarannya RM345. Campur buku untuk 1 semester, RM75. Hmm… ingatkan murah jak bila masuk Tadika 2. Syukurlah Misako bawa duit lebih sikit. Tapi bulan ni memang merana lah menunggu tarikh keramat, 25 Januari 2010.
Oklah, seperti tahun lalu Misako chilok jadual gaji ni dari ahdek kiut Cik Sengal. Thanks Yatt! Semoga kita dapat merancang perbelanjaan kita dengan lebih bijak dan lebih cermat di tahun baru ini.
Sebut pasal cermat, Misako ingin kongsikan apa yg Misako tengok dalam salah satu rancangan Oprah pasal kewangan. Tak ingat sapa namanya, tapi lebih kurang ini lah tipsnya utk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.
Dalam seminggu, pilih satu hari untuk tidak berbelanja langsung(sekeluarga). Contohnya, Misako pilih hari Jumaat. So, Misako kena lah buat inisiatif sendiri utk bawa dan sediakan bekal utk anak2 dan diri sendiri. Masak dan makan di rumah. Jangan beli apa2 for the rest of the day. Susah? Iya, mcm susah. Tapi belum cuba belum tahu.
Dalam seminggu, jangan gunakan kad kredit untuk sebarang pembayaran. Oh yang ni senang utk Misako.
Elakkan makan di luar selama sebulan. Wah, ini pun sangat susah. Especially weekends. Ndak larat mo masak hari-hari. Boleh lah kalau masak Maggi atau pun Mee Sedap jak. Tapi mesti anak-anak pun ndak larat.
Walaubagaimana pun, akan Misako usahakan mana-mana yg boleh diamalkan. Bah, renung2kan dan selamat beramal! :D