Tuesday, November 30, 2010

Buhsan

Di satu petang, bila Misako ambil Danial dari Nursery.. danial

Ummi : Nanti kita singgah ofis ummi ya.. Ummi mo sambung kerja.

Danial : Aaa? Eeei, nanti Enel buhsan tu..

Ummi : Aaa? (pandai pulak dia guna perkataan bosan)

Danial : Nanti buhsan tu ummi..

My Danial, sudah besar. Tahun depan akan pindah ke Taska (PEKA) UMS.

Thursday, November 25, 2010

It’s Red Pen time!

Only have 2 subject. But, both exam are on the final week. DataComm was yesterday and today WebTech. My aim is to finish DataComm by tomorrow. Too ambitious? I have to. The due date is next Wednesday. Bah, mo cari dulu all my ‘happy’ playlist. To accompany me during the ‘mixed-feeling’ journey.

Psst –> No more pics coz my HP’s camera conked. Is that a signal to get the iPhone 4? Yummy!

Monday, November 08, 2010

Kunjungan

Semenjak kebelakangan ini Misako baru terperasan yang bilangan jejak yang singgah di blog Misako ada macam luar biasa sedikit. Betulkah itu 200K? Kalau setiap persinggahan itu dapat menjana 'tabung PTPTN' bak kata si TAMY, bagus jugak. Tapi...

Bila dijenguk-jenguk pada tab Stats, kebanyakan pengunjung adalah dari blog sahabat baik Linachu selain daripada sumbangan En. Google. Dan paling menjadi sejarah, blog Misako dikunjungi sebanyak 398 kali pada bulan Oktober. Walaupun November baru 8 hari berlalu, laman ini telah dikunjungi sebanyak 140 kali.

Musykil juga Misako, bagaimana ini boleh terjadi. Rasanya ramai yang jalan-jalan cari traffic.

Bah, bila ada masa senggang nanti harus Misako cari jalan bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui laman ini. Harus juga Misako mengasah otak mencairkan idea-idea tulisan yang sudah beku. Tapi, Misako hanya berminat menulis (menaip) ayat-ayat dari pengalaman dan perasaan Misako tanpa ada bau-bau komersial. Jadi, harus bagaimana?

Na iyalah, biarlah dulu idea $$$ itu. Yang penting hidup mesti fokus. Tugasan perlu diatur satu persatu. Mengikut prioriti, tentunya. Tapikan, Misakokan multi-tasking dan parallel processing? Iya, itu harus. Aduuh, banyaknya lagi perkara yang ingin diselesaikan. Bah, biarlah. Yang penting esok ada temujanji yang perlu ditunaikan. Ada kerja yang perlu dilangsaikan.

Oh ya, ada anda terdengar mengenai promosi AirAsia 0:01 9 Nov 2010?
Juga Misako akan ke Langkawi hujung minggu ini. Harap-harap Langkawi menerima kunjungan kami dengan sinar mentari yang bahagia.
Mungkin juga Misako akan menjejakkan kaki ke Busan! Masih tengah diuruskan. Jangan terlalu excited, Misako.

Misako signing off for now. Ndak larat mo tunggu 0:01. Salam.
Selamat menghadapi peperiksaan wahai pelajar-pelajar UMS.

Entri akan datang : Kertas Jawapan di mata pemeriksa.

Psst, kawan. Cuba tinggalkan jejak anda pada ruangan komen, agar ada bukti manusia melawat laman yg tidak seberapa ini. TQ ;)

Saturday, November 06, 2010

Pais Ikan : Otak-otak versi Sabah

Pagi tadi, my SIL buat majlis bergunting buat cucu pertamanya, Adam Iman. (DOB : 20 September 2010)
Tema masakan kali ini adalah makanan kampung. Yang paling menarik adalah Pais Ikan. Sungguh sedap! (kalau boleh mau dijilat itu daun pisang, hehehe). Ramai yang suka sebab sudah lama tidak menyantap lauk sebegitu.

Di sini, Misako ingin berkongsi cara-cara memasaknya. Untuk rujukan Misako dan rakan-rakan.

Pais Ikan

Bahan-bahan

Ikan merah - ambil isi sahaja
Kelapa - diparut
Serai - diparut (blender)
Bawang merah - dihiris halus
Cuka
Garam
Gula
Serbuk Kari

Cara-caranya:
Bahan A
Gaulkan isi ikan, cuka, garam & gula.
Perapkan selama satu malam.

Bahan B
Gaulkan Bahan A bersama kelapa parut, bawang merah, serai, cuka, garam & serbuk kari (secukup rasa).

Bungkus Bahan B dengan daun pisang.
Bakar.

Setelah masak, bolehlah dihidang dengan nasi panas.
Nyamaaan!

Wednesday, November 03, 2010

Apa yang saya dapat?


Teringat semasa kecil bila ditanya mau jadi apa besar nanti. Cikgu, jawabku singkat. Mungkin kerana ibuku seorang cikgu. Di kala kursus motivasi tingkatan 5, impianku bertukar. Ingin menjadi doktor kononnya. Namun, di suatu ketika semasa di kelas matrikulasi dalam sesi memecahkan ais, Dr Dayang juga menanyakan soalan yang sama. Puasku fikirkan, apa minatku kini, apalah pekerjaanku kelak. Tiba giliranku, aku panik sebentar. Alahai, belum sempat lagi difikirkan jawapannya lantas lidahku menyebut, pensyarah! Dalam hati berkata, bila masa aku berkeinginan menjadi pensyarah? Mungkin kerana ayahku bekas pensyarah. Juga dalam hati kukatakan, yang penting sekarang aku belajar untuk mendapat keputusan yang baik. Dan jika ada peluang, kuteringin sangat untuk belajar dalam bidang kedoktoran.

Di hujung pengajian tahun 1 matrikulasi, suatu keputusan yang sangat penting perlu dibuat. Semuanya diluar perancanganku. Kami diminta memilih sama ada meneruskan pengajian matrikulasi tahun 2 di Kuala Pilah, atau memilih bidang pengajian yang langsung tidak terfikirkan. Sama ada terus dengan keinginanku menjadi seorang doktor, atau memilih bidang baru perkomputeran mahupun kejuruteraan. Aku jadi bingung. Jika ke Kuala Pilah, belum tentu dapat meneruskan pencapaian yang baik yg membolehkanku masuk ke dalam bidang glamour kedoktoran. Setelah memikirkan semasak-masaknya berbekalkan minda remaja di kala itu, aku memilih untuk meneruskan pengajian di Tahun 1 Sarjanamuda Teknologi Maklumat.

Lalu bermulalah pelayaranku sebagai pelajar Sains Komputer (major). Ketika itu subjek pengaturcaraan merupakan sesuatu yg sangat diluar pengalamanku. Sesuatu yang 'out of the world, at least my world'. Melayari Internet menggunakan Mosaic. Berbaris di depan pintu makmal menanti giliran menggunakan komputer. Mengatur jadual belajar yang sesak dan menghadiri kuliah tanpa gagal (kecuali satu kuliah English, kerana ketinggalan bas jam 7 am). Tiada hiburan lain kecuali menonton siri Superman setiap malam Sabtu. Tiada sesi KFC mahupun McD. Jika diingatkan, sungguh lah bosan hidupku waktu itu. Cuma pergaulan bersama rakan-rakan di Permis mewarnakan sedikit lanskap hidupku sebagai mahasiswa. Juga utusan surat rindu dari si jantung hati menjadi pembakar semangat.

Aku kini seorang pensyarah. Tidak kusangka lancar lidah kumenyebut suatu ketika dahulu, rupanya menjadi kenyataan. Aku memang cintakan bidang ilmu. Berkongsi pengetahuan dengan orang lain menjadi sesuatu yg amat menggembirakan. Apatah lagi jika pengetahuan itu dapat difahami, didalami dan digunakan. Tapi, tidak semua usaha itu berhasil. Kadang kala ianya amat mengecewakan. Adakah aku yang bersalah? Mungkinkah bahasa pengajaranku sangat 'alien'? Atau aku gagal menunjukkan betapa pentingnya ilmu yang diajarkan.

Ada masanya aku pasrah. Malah kubiarkan semuanya berlalu tanpa usaha bersungguh-sungguh. Kerana aku juga tahu berasa penat. Penat kerana usahaku selalu sia-sia. Di mata mereka, mungkin aku gemar menyusahkan. Tapi itu bukan sekali-kali niatku. Juga bukan kemahuan semua rakan pensyarahku. Biarlah. Semoga usaha ikhlasku akan dinilai baik oleh pelajarku suatu hari nanti.

Sahaja aku berkongsi ilmu kerana Allah Taala.