Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Wednesday, November 03, 2010

Apa yang saya dapat?


Teringat semasa kecil bila ditanya mau jadi apa besar nanti. Cikgu, jawabku singkat. Mungkin kerana ibuku seorang cikgu. Di kala kursus motivasi tingkatan 5, impianku bertukar. Ingin menjadi doktor kononnya. Namun, di suatu ketika semasa di kelas matrikulasi dalam sesi memecahkan ais, Dr Dayang juga menanyakan soalan yang sama. Puasku fikirkan, apa minatku kini, apalah pekerjaanku kelak. Tiba giliranku, aku panik sebentar. Alahai, belum sempat lagi difikirkan jawapannya lantas lidahku menyebut, pensyarah! Dalam hati berkata, bila masa aku berkeinginan menjadi pensyarah? Mungkin kerana ayahku bekas pensyarah. Juga dalam hati kukatakan, yang penting sekarang aku belajar untuk mendapat keputusan yang baik. Dan jika ada peluang, kuteringin sangat untuk belajar dalam bidang kedoktoran.

Di hujung pengajian tahun 1 matrikulasi, suatu keputusan yang sangat penting perlu dibuat. Semuanya diluar perancanganku. Kami diminta memilih sama ada meneruskan pengajian matrikulasi tahun 2 di Kuala Pilah, atau memilih bidang pengajian yang langsung tidak terfikirkan. Sama ada terus dengan keinginanku menjadi seorang doktor, atau memilih bidang baru perkomputeran mahupun kejuruteraan. Aku jadi bingung. Jika ke Kuala Pilah, belum tentu dapat meneruskan pencapaian yang baik yg membolehkanku masuk ke dalam bidang glamour kedoktoran. Setelah memikirkan semasak-masaknya berbekalkan minda remaja di kala itu, aku memilih untuk meneruskan pengajian di Tahun 1 Sarjanamuda Teknologi Maklumat.

Lalu bermulalah pelayaranku sebagai pelajar Sains Komputer (major). Ketika itu subjek pengaturcaraan merupakan sesuatu yg sangat diluar pengalamanku. Sesuatu yang 'out of the world, at least my world'. Melayari Internet menggunakan Mosaic. Berbaris di depan pintu makmal menanti giliran menggunakan komputer. Mengatur jadual belajar yang sesak dan menghadiri kuliah tanpa gagal (kecuali satu kuliah English, kerana ketinggalan bas jam 7 am). Tiada hiburan lain kecuali menonton siri Superman setiap malam Sabtu. Tiada sesi KFC mahupun McD. Jika diingatkan, sungguh lah bosan hidupku waktu itu. Cuma pergaulan bersama rakan-rakan di Permis mewarnakan sedikit lanskap hidupku sebagai mahasiswa. Juga utusan surat rindu dari si jantung hati menjadi pembakar semangat.

Aku kini seorang pensyarah. Tidak kusangka lancar lidah kumenyebut suatu ketika dahulu, rupanya menjadi kenyataan. Aku memang cintakan bidang ilmu. Berkongsi pengetahuan dengan orang lain menjadi sesuatu yg amat menggembirakan. Apatah lagi jika pengetahuan itu dapat difahami, didalami dan digunakan. Tapi, tidak semua usaha itu berhasil. Kadang kala ianya amat mengecewakan. Adakah aku yang bersalah? Mungkinkah bahasa pengajaranku sangat 'alien'? Atau aku gagal menunjukkan betapa pentingnya ilmu yang diajarkan.

Ada masanya aku pasrah. Malah kubiarkan semuanya berlalu tanpa usaha bersungguh-sungguh. Kerana aku juga tahu berasa penat. Penat kerana usahaku selalu sia-sia. Di mata mereka, mungkin aku gemar menyusahkan. Tapi itu bukan sekali-kali niatku. Juga bukan kemahuan semua rakan pensyarahku. Biarlah. Semoga usaha ikhlasku akan dinilai baik oleh pelajarku suatu hari nanti.

Sahaja aku berkongsi ilmu kerana Allah Taala.

Friday, July 17, 2009

At Last...

This morning, Sal asked me whether I receive any letter from pendaftar. It is about the APC. Then, I went to check at the pegion hole. Yup I got the letter too. At last, after 10 years, finally I got it. Cheeewah.. tembirang.. Personaly, this is rather important for me. It is some kind of a milestone for me. Hairan, mcm mana org boleh dpt cemerlang although baru balik belajar, baru masuk kerja etc. And most of the time, I will try to comfort myself. It is not that I am not doing and try the best at work. So, this is my time. Giliran saya. Alhamdulillah.