Setiap tahun, Ramadhan sentiasa dinanti2kan, bukan sahaja oleh keluarga Misako, tetapi seluruh umat Islam jg. Dalam bulan Ramadhan ini, kebanyakan schedule Misako akan berubah. Of course lah balik awal dari ofis utk menyediakan juadah bersungkai. Walaupun rumah Misako ngam2 10km dr ofis, (ndak begitu jauh) tapi utk sampai ke rumah adalah jg ambil masa dalam sejam. Apa tidaknya, kena meredah jalan yang sesak untuk mengambil the boys di KF. Belum cerita jalan balik ke area UMS dan IP. Fuh, jam gila. Janganlah berangan-angan keluar tepat2 jam 4.15, pasti sampai di rumah pukul 5.30 lebih.
Sampai2 jak di rumah, first thing kena keluarkan lauk yang keras mcm batu dari fridge. Then, baru masak nasi. Kalau mau senang cerita, biasanya Misako masak mee goreng jak. Lagipun, hubby dan anak2 suka makan mee. Biasanya, Misako ndak masak byk2. Kalau sempat, singgah lah mana kedai beli lauk extra. Untuk sahur pulak, Misako kena siapkan bahan2 sebelum tidur. Bangun awal sket sekitar 3.30am utk masak sebelum kejutkan Hubby dan Nurul jam 4.00.
Kalau hari kerja, Misako akan stay up siapkan persediaan anak2 dan hubby selepas sahur. Kemudian terus p kerja paginya. Tapi kalau weekends, Misako akan tidur balik. Claim masa tidur yang ndak cukup sewaktu weekdays.
Terawih? Masa ada Nurul sahaja dulu, Misako dan Hubby selalu p terawih. Di masjid UMS lah, atau di masjid bandaraya. Kemudian bila Danish dan Danial join the group, Misako susah sikit mo pigi terawih. Pernah jg dicuba, tapi hasilnya tidak berapa berjaya. Maklumlah, Danish tu mana mau duduk diam. So, Hubby saja yang pergi. Tahun ni, pun kami buat terawih di rumah saja. Itu pun, the boys sibuk jadi ultraman dan raksasa time kami terawih. Terpaksa Hubby kasi naik volume bila baca surah. :D
Cuti Raya Misako tahun ni awal sikit.. mo packing dan sedia awal2 supaya balik kg nanti ndak payah kelang kabut. Harap2 bila balik kg nanti ada yg boleh tolong tengok2kan budak2. Mo merasa pulak terawih di sdk.
Raya tahun ni, ramai yg absent. Ipar duai semua beraya di kampung masing2. MIL pulak beraya di Penang, dengan kakak ipar yg baru seminggu bersalin. Si senih beraya di kampung hubbynya. Tp si Ida ngan Misako tetap beraya di Sdk.. maklumlah dua2 hubby org sdk.
Oklah, cukup buat seketika mengubat rindu sang blog. Nanti Misako sambung lagi. Tuuu kerja2 pasal MQA memanggil-manggil minta disiap kan. Aduuh.. bila lah mo siap ni. Akhir kata, Selamat Hari Raya. Nanti Misako letak kad raya yer..
Tinggal 9 hari lagi kita berpuasa. Rasa sayu pulak hati meninggalkan Ramadhan. Ndak tau lagi kalau sempat merasa Ramadhan akan datang.
3 comments:
selamat menyambut hari raya madam..
maaf zahir batin kalo ada tersalah dah tersilap..
=)
Mate, have a blessed Eid... selamat balik kampung... Kisses for the babies... miss ya!!!
Salam aidilfitri...ada tag utk ko ya...tag raya....
Post a Comment