Thursday, October 08, 2009

Tamu Gadang

Tamu Gadang datang lagi. Maknanya, ada orang yang akan konvo. Ada yang tanya, perlukah datang konvo? Bagi Misako.. perlu! (Kalau budget, masa mengizinkan lah) First of all, utk appreciate diri sendiri. Iyalah dah bertahun-tahun struggle menghadiri kuliah, assignments yg tak berpenghujung dan exam yg menggegarkan jantung. Ini lah masanya utk mengatakan pada diri sendiri, you've done it! Semua titik peluh, penat lelah itu akhirnya terbalas juga.

Itu reason yang pertama, sebab yg kedua kenapa perlu datang konvo adalah kerana utk org2 yang tersayang. Sama ada ibubapa, suami atau isteri dan saudara mara yang telah berbakti dan berkorban utk membolehkan kita melanjutkan pelajaran. Merekalah sebenarnya tulang belakang kita selama kita belajar. Walaupun kebanyakan pelajar dibiayai oleh PTPTN, tapi tanpa doa restu orang2 tersayang, kita tidak mungkin akan dapat melalui kehidupan uni yang pastinya mencabar minda dan fizikal.

Reason yang ketiga.. mo jumpa kawan2 dan pensyarah. Tapi jarang juga pelajar yg pergi jumpa pensyarah. Boleh dibilang dengan jari. Bukannya lupa, tapi sebok. (kunun). Maklumlah family baru first time datang KK, berlambak acara sedang menanti. Kundasang dan pulau2 tu jadi acara wajib sementara datang ke Sabah. Bukan senang mo angkut satu family datang Sabah. Jadi, itulah sebabnya jarang sangat student datang jengok pensyarah di Sekolah.

Ndak apalah, lagipun ini hari besar para pelajar yg begraduasi. Para pensyarah tumpang gembira. Untuk ke sekian tahun, Alhamdulillah, berjaya juga menghasilkan pelajar-pelajar graduan. Kami sentiasa doakan agar kamu semua berjaya dalam bidang masing2. Jadi anak yang baik dan ummah yang berguna.

Kalau kita ndak sempat bertemu, Misako ucapkan tahniah kepada para graduan yang akan konvo Sabtu ini. Tahniah juga buat your parents and your family.

thanks for dropping by: saufi (chip), BX, Siew Hooi, etc

1 comment:

Maz Al Eidrus said...

yea mate... aku dulu nda lupa jumpa pensyarah, Alhamdulillah diberi kesempatan itu...

tahniah mate sebab makin ramai sudah anakdidikmu, semoga mereka menjadi pelapis generasi yang beriman dan berilmu.