Wednesday, July 29, 2009

Selsema oh.. Selsema

Nak dijadikan cerita.. kemarin (semalam) selepas menghantar Nurul ke sekolah, PA Dekan telah menelefon memberitahu bawa Tuan Dekan telah meninggalkan pejabat dengan tergesa2 setelah mendapat panggilan telefon daripada Guru Besar SK Tebs. Kononnya, ada pelajar suspected H1N1 di sekolah. Sejurus mendengar berita itu, saya pun dengan segera mencapai kunci kereta dan terus ke sekolah SK Tebs. Bila sampai di sana, suasana mcm aman damai saja.. seolah2 tiada apa2 yg berlaku. Tapi, saya terkedu seketika apabila melihat beberapa orang pekerja yg saya suspect Pegawai Kesihatan memakai topeng muka. Beberapa ibu bapa juga kelihatan mundar mandir di kantin sekolah. Setelah bertanya dgn pegawai tadi, mereka memberitahu ada suspected H1N1 dan sedang membuat pemeriksaan suhu dari bilik ke bilik (darjah). Saya pun jadi tak senang duduk. Salah seorang yg suspected tu satu kelas dengan Nurul, what more she is one of her close friend. Lega sungguh bila Nurul tak terlibat dan semua yang demam diarahkan ke hospital dengan segera. Hari ini bila hantar Nurul ke sekolah seperti biasa, beberapa org guru sedang mengedarkan surat cuti kepada para ibu bapa. Sekolah ditutup untuk seminggu bagi mengurangkan potensi penularan wabak Selsema Babi.

Kes kedua, ada seorang pelajar di sekolah saya juga suspected. Bila beberapa phone call dibuat, sahlah beliau telah dijangkiti dan diarahkan untuk dikuarantin. Tapi maybe because pelajar ini sangat komited dengan pelajarannya, dia turun juga untuk menghadiri kuliah seperti biasa. Terpaksalah pulak satu kelas dihantar ke Hospital Luyang utk pengesanan jangkitan selsema tu. Keputusannya? Tak lah diketahui setakat ini. Rasanya student tu sudah dikuarantin dan diharapkan tiadalah kes baru lagi. Seraaammm...

Cuti seminggu? Boleh lah berFB lama2 di rumah. hahaha.. Belum cuti lagi..tapi harap2 tidak lah ia menular teruk.

3 comments:

Maz Al Eidrus said...

Kenapalah student tu buat macam tu? Dia patut nda fikirkan pasal diri sendiri, komited bagaimana sekalipun, kena pikir juga pasal org lain... alahai mate... cuti pun ok, but risaula jugak kan... selsema jenis sama hampir memusnahkan 3-6% global population kurang 100 tahun dulu...

ref. Spanish Flu from Wikipedia.... got the info from Twilight Saga, vampire Edward Cullen mati because of the same flu ;)

bee said...

I heard about Sk. Tebs. Some of our lecturers have kids studying there. Dr. A.C's wife is a teacher there and she's currently infected with H1N1. They suspected an academic staff of SPU who's studying in Australia as the person responsible for this infection because he recently returned home to visit his family and infected all three of his children with the flu - all three are studying at SK. Tebs. It's really sad, being a medical practitioner he should've been more aware. Not only did he endangered the lives of his loved ones, he also endangered the lives of others.

Misako said...

Mate.. ya, the student should follow doctors advice to quarantine herself.. semua kawan2 dia pun ndak puas hati..
Bee.. ya, I heard about the infected teacher.. rupa2nya 'dia' pulak tu..
Yup.. pasal yg c pembawa tu.. one of her infected daughter is my Nurul good friend.. Nurul is very sad jg.. she asked me "ummi, bulih mati kah tu?"