Thursday, April 08, 2010

April

April datang lagi. Wah, sudah 1/3 tahun berlalu. Semester pun sudah sampai ke penghujungnya. Nampaknya kena bekerja lebih tekun lagi untuk mencapai apa yang telah dirancang. Setakat ini, sangat berpuas hati dengan perkembangan sasaran kerja. Beberapa kertas kerja telah ditulis dan dihantar ke panel editor persidangan. Dua telah diterima, syukur Alhamdulillah.

Episod Gembira

Perasaan gembira sebab dapat Gangsa dalam pameran rekacipta masih lagi berbunga-bunga di hati. Hari ini kami akan meraikan kejayaan kecil kami sambil merancang rencana untuk langkah-langkah penyelidikan akan datang. Ianya amat membuka mata dan memberi motivasi kepada kami. Sekurang-kurangnya, minat kami dalam bidang pendidikan tidak sia-sia, walaupun kami adalah dari golongan ‘computer scientist’.

Saya asyik menyebut ‘kami’. Kami bermaksud, kumpulan penyelidik yang mempunyai minat yang sama. Tidak kira lah dari segi bidang penyelidikan, hobi mengumpul tupperware, rakan seperjuangan semasa makan-makan, mahupun semasa bersukan. Saya rasa bertuah mempunyai rakan-rakan sedemikian dalam kerjaya yang mencabar ini. Mencabar? Iya, mencabar bagi saya.

kursus Linuxbengkel dokumentasi MQA makan2 sempena konvo bekas2 pelajar

gambar hiasan

 

Episod Terkilan

Semalam, dengan terus terang saya menyatakan bahawa saya amat kecewa terhadap beberapa orang pelajar yang telah lambat menghantar tugasan dan demo projek mereka. Mungkin ada sekelumit rasa hormat terhadap cikgu mereka ini, namun saya rasa sedikit terkesima dengan sikap mereka yang tidak ambil kisah. Ya saya tahu, pelajar memang suka buat kerja saat akhir. Ia amat diakui (secara terbuka) oleh kebanyakan pelajar. Amat terkilan apabila tempoh masa tambahan diberikan dan pelajar-pelajar mengambil peluang tersebut untuk BARU memulakan tugasan yang telah diberi lebih sebulan yang lalu. Hasilnya, pasti dapat dikesan apabila mereka menyampaikannya (present) kerja semalaman yang sepatutnya dibuat selama untuk satu bulan.

Jangan disimpan di dalam hati, kita ni professional. Ujar seorang rakan. Ya, saya akan sentiasa bersikap professional. Jangan bimbang, wahai pelajar, ianya hanya melibatkan 10% daripada markah keseluruhan. Saya pun sudah memaafkan kealpaan mereka. Saya doakan semua pelajar saya berjaya di masa hadapan.

Titik. 

No comments: