Wednesday, December 02, 2009

Tragedi Bot Karam Pulau Banggi, Kudat


Bila : 27 November 2009, lebih kurang 5.30 pm (sejam selepas berlepas dr Kudat)
Di mana : Perairan Kudat
Siapa : Kawan adik saya

Sedih. Walaupun Misako tidak mengenali mereka yang terlibat dalam tragedi itu, tapi Misako rasa amat sedih. Setiap hari Misako mengikuti perkembangan tragedi tersebut melalui twitter one of the victims brother (#botkaram). Bertambah sayu bila membaca post kawan-kawan mereka di FB (Nadya Yahya).


Sahabat adik saya tu adalah pasangan suami isteri.. Nadya dan Eroy. Mereka baru berkahwin bulan Mei lepas. Apa yang membuatkan saya lebih terasa apabila mendengar kisah si suami yang terjun ke laut setelah berjaya diselamatkan apabila mengetahui isterinya masih lagi hilang di laut. Bagai post terakhir Nadya di FB nya.. "cinta mati .. harus dijaga sampai mati". Itukah harga sebuah cinta suci? Apapun keputusan Eroy ketika itu, janganlah kita persoalkan, pasti ada jawapannya tersendiri yang kini tidak akan terjawab. Kedua-dua mereka terkorban bersama-sama ibu dan adik Nadya (Raihana - pelajar SST, UMS). Begitu juga beberapa orang mangsa yang lain yang juga keluarga Nadya.

Kepada keluarga Nadya, Eroy dan semua yang terkorban, tabahkan hati. Pastinya berat mata kita melihat, berat lagi bahu yang memikul. Nadya, walaupun kita tidak sempat dan tidak punya peluang berkenalan, Misako panjatkan doa agar kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

**updates

Az send me a link to Norif's blog. I cried when I read the post about the tragedy. Semoga mereka yang terkorban damai di sana..



5 comments:

Maz Al Eidrus said...

aku pun tiap hari cari berita pasal tragedi ni mate... sedih sgt... aku pun menangis, apatah lagi bahu yang memikul beban dugaan yang tersangat hebat ini...

kekdg kita akan lakukan apa saja utk cinta walau tanpa kita sedari, termasuk mengorbankan diri sendiri... semoga mereka berada di lembayung rahmat Allah, bersama dalam barakah diakhirat.

Al Fatihah utk semua...

H a n e y S i z u k a said...

hari ini bfday arwah fatin.marilah kita hadiahkan Al-Fatihah utk beliau..amin..

Misako said...

ya mate.. i am speech less.. I cried reading Norif's blog.. semoga mereka berbahagia di sana.. amiinn..

Misako said...

thanks for dropping by, Pai. Condolence on your lost.. be strong, as always.

Nel rowsuck said...

Innalillahiwainnaillahirojiun
Sekoga roh arwah di cucuri rahmatNya dan di tempatkan di kalangan org2 beriman

Amin Yarobbal Alamin ����