Wahai sahabatku rakyat Malaysia,
Kekalkanlah kesejahteraan tanah air kita,
Berpikirlah dengan matang dan wajar,
Melenting bukan caranya,
Demonstrasi bukan jawapannya,
Derhaka bukan tradisi kita,
Bukan itu sikap yg ingin diwariskan,
Bukan itu sejarah yg ingin disemadikan,
Kerana akhirnya generasi masa depan jadi mangsanya,
Marilah kita bersatu memajukan negara,
Maruah agama, bangsa dan negara jgn digadaikan,
Akhirnya kedaulatan negara kan tergugat,
Akibat kelalaian kita sendiri.
5 comments:
susah..susah..
kesian orang-orang yang kena kencing kaki liwat sekor ni..
http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/02/05/anwars-play-acting-is-encyclopedic-part-4/
sy takut jak bila Sultan diheret ke mahkamah, ada negara lain ambil kesempatan.. kelak jadi mcm afghanistan, iraq, palestin.. semua org tadak ontong oo..
haiyark....
dahsyat eh politik nih...
sampai berdemonstrasi...
riuh di tv tadi...
apa lah dorang nih...
boleh ke kalau ada yang keluar parti terus auto jatuh ke tangan pihak lawan?...
kenapa tak undi semula ye
2-3 hari ni bz, xupdate brita da huhu...
@xilix
yang kluar parti tu bukan jatuh pi pihak lawan..tapi dorang independent dan menyokong pembentukan kerajaan negeri oleh parti yang satu lagi. kalau kita lihat kronologi, semua 28 dari BN dan 3 yang independent ni sudah dipanggil menghadap sultan dan pastinya sultan telah berfikir masak2 sebelum berbuat keputusan. lagipun sultan perak ni kan bekas ketua hakim negara, bukan calang2 orangnya.
keputusan sultan ini pastinya adil kerana kedua-dua parti yang berlagah ini sudah dipanggil menghadap dan masing-masing diberi peluang menerangkan situasi mereka.
pilihanraya semula boleh diadakan, tapi memakan belanja yang besar. pastinya sultan sudah fikirkan perkara ini terlebih dulu, ditambah lagi dalam keadaan ekonomi global sekarang yang merudum. lagipun pembentukan kerajaan sebelum ini juga lebih kurang sama keadannya dengan yang sekarang, masing-masing tidaklah kukuh mana pun. cuma pihak yang sudah tersungkur ini tidak habis-habis mencanangkan betapa mereka ini teramatlah bagusnya dari pihak lain dan tiadalah sesiapa pun yang lebih berhak berkuasa selain mereka. ibarat "i can do anything, u cannot...all i do are right, all u do are wrong.."
~Che Det pun ketawa dengan sandiwara politik kaki liwat sekor ni..
Post a Comment