27 Mac 2009
Setiap tahun uni akan menyambut hari kelahiran Rasulullah dengan mengadakan perarakan dan beberapa acara lain seperti ujian bacaan Al-Quran, pertandingan azan, tulisan khat dan lain2. Setiap tahun juga, aku menjadi peserta tetap acara perarakan ini. Bukan semata2 sebab dapat baju free, tapi sbb mau bersama2 merayakan ulang tahun baginda selain dapat beramah mesra (amboi mesranya) dengan kawan sambil jalan2. Tahun ni baju kami warna purple. Ini yg terchantek lah setakat sy join acara ni. Pas tu tudung nya style baru yg ada awning. Punya lah payah mo pakai, nasib baik ada Neni tolong kasi usai. Lama jugak kami tunggu sementara penilaian juri2 utk pertandingan sepanduk dan kontijen terbaik. Sambil tunggu d bawah terik mentari tu, ramai juga yg merungut sebab panas yg amat. Cair bedak aku. Sempat juga mamat Sivil si Razif buat lawak ala ala nasihat.
Panas di dunia hanya 1 per 7 daripada panas di neraka.. kalau masuk lah.. (neraka).
Lepas tu bleh pulak dia teriak “ooii bila nak jalan ni..mekap dioarang semua nak cair”.
sambil tunggu, gambar dulu.. (courtesy of yatt punya camera)
wah ada pulak mamat sesat di tengah2 aweks
(pinjam gambar yatt lagi)
Tahun ni perarakan bermula dari perkarangan Masjid uni sehingga ke Dewan Chanselor. Jauh? Tidak lah juga tapi cukup untuk tapak kaki melecet sebab mem'break' turun bukit bah.
Selepas sampai di Dewan kami dijamu sedikit juadah utk lepas kan penat sebelum mendengar ceramah dr Ustaz Nicholas Sylvester. Seronok juga sekali-sekala mendengar ceramah agama ni. Kemudian ada persembahan nasyid dari student uni. Kelakar juga bila dengar ahli2 kumpulan kelang kabut datang utk menyanyi selepas ujian mid-term. Ingat juga diorang dengan tanggung jawab utama mereka.
Seperti tahun lepas, sekolah kami tidak memenangi apa2 kategori. Kebanyakannya disapu oleh Jabatan Pendaftar dan Bendahari. Bak kata yatt.. ndak apa.. ada lagi tahun depan. Color apa lah agaknya baju tahun depan?
No comments:
Post a Comment