Monday, March 09, 2009

Salam Maulidurrasul

Selamat menyambut hari MaulidurRasul. Marilah kita bersama2 membaca selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Semoga perjuangan dan kehidupannya menjadi contoh dan ikutan kepada kita.

Pernah saya menerima satu email mengenai bagaimana cintanya Rasulullah kepada umatnya. Sehinggakan pada akhir hayatnya, Baginda masih concern mengenai nasib umatnya. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana pada saat2 terakhir hidup beliau, dalam keadaan nazak begitu pun Baginda masih mengingati umatnya. Kalau tidak silap Baginda ada berkata, jika begitulah sakitnya maut, biarlah hanya dialami oleh nya sahaja. Janganlah umatnya merasakan siksanya kematian. Sedangkan kita, kalau boleh ingin sekali berkongsi sakit bersalin itu dengan si , suami.

Ya Allah ya tuhan kami, kami mohon mendapat rahmat dan kasih sayang mu agar kami dapat menjadi setabah Baginda. Menjadi contoh umatnya sepanjang zaman.

Happy Birthday our beloved Prophet Muhammad S.A.W.

No comments: