Tuesday, March 31, 2009

Mencanak-canak

"Kamu pernah nampak orang-orang yang sangat senang 'tersungkur' lalu melarikan diri di bawah tekanan kerja yang mencanak-canak? Bila disogok dengan kerja lebih sikit, mesti muka jadi malap gerhana. Seperti malam gulita di tengah kubur yang berpuaka.

Kamu tahu kenapa? Kerana orang-orang seperti itu jarang mahu belajar bagaimana menikmati dimensi hidup yang lebih mencapah. Yang kaya dengan pelbagai sudut dan perspektif.

Hidup ini bukan sekadar tentang kerja. Atau, tentang cita-cita. Yang selalu membebankan. "[Nekad Climatologist, 2009]


Once in a while saya pergi menjenguk blog saudara Naked Climatologist. Membuka minda, meredakan tekanan akibat kerja yang mencanak-canak. Jikalau berani bertandang ke blog tersebut, silalah bersedia dengan dada yang lapang, otak yang terbuka dan sedikit berjiwa puitis.


Hari ini bukan seperti hari biasa, tidak juga hari yang istimewa. Cuma agak kelam kabut menyiapkan tugasan yang mendesak. Ikutkan hati memang ingin mengambil cuti, mana tidaknya terpaksa membawa si kecil ke sana ke sini dengan matanya yang bengkak dan merah. Setiap kali orang melemparkan pandangan yang semacam, cepat-cepat diberitahu, "sakit mata..". Jawapan standard, "Oooo.. sekarang ni ramai orang yang sakit mata".


Cuma agak bengang bila terpaksa menggunakan duluduit sendiri untuk membeli bahan-bahan symposium hari Khamis ini. Walaupun wang sejumlah RM500 bukanlah terlalu banyak bagi sesetengah orang, tetapi ia tetap setengah ribu bagi saya. Syukurlah ada sahabat yang menawarkan bantuan untuk menyiapkannya esok. Oh ya esok masih ada kuliah yang ingin dilunaskan. Sedangkan kami ingin mengeluarkan tenaga all out untuk symposium on the next day, terpaksa pula pergi ke kelas. Tidak mengapa itu sudah jadi tanggungjawab utama. Pelajar.


Duhai pelajarku, semoga kamu menjadi orang yang berguna kelak. Semoga ilmu yang sedikit itu dapat membuka minda dan mempersiapkan kamu sedikit sebanyak dengan dunia realiti. Tiada apa yang diharapkan daripada pelajar selain menjadi seorang manusia.

2 comments:

Linachu said...

All the best for your symposium thingy!

Maz Al Eidrus said...

mate, your BM is cool... i like!