Wednesday, April 08, 2009

Doa Syifa

Kali ini, giliran saya pula mendapat sakit mata. Setelah seminggu mengusung Danial ke sana kemari kerana sibuk menguruskan Seminar Semantic tempohari, saya memohon cuti. Jumaat dan Isnin. Selasa kembali bekerja walaupun sakit mata Danial masih bersisa sedikit. Cuma bengkak tanpa mata yang merah seperti mula2 dahulu.

Di rumah, hubby dan Danish juga menurut jejak langkah Danial. Dua2nya gembira mendapat MC dari doktor. Sambil2 itu, saya juga terkesan dengan jangkitan kuman sakit mata ni. Cuma pesan doktor, jangan digosok mata yang infected itu. Agar ia dapat dikawal dan tidak melarat. Sakit mata biasanya datang bersama selsema. One package. Jadi atas sebab itulah mengapa biasanya para pengamal perubatan memberi MC. Agar berehat sepenuhnya di rumah.

Sambil mencari penawar alternatif, pelbagai nasihat juga telah diterima. Antaranya adalah mengamalkan doa Syifa, doa penyembuh penyakit. Sungguh kesal kerana telah terlupa hafalan doa ini setelah melahirkan Danial tempohari. Semasa melahirkan juga elok diamalkan doa ini memohon kepada Allah untuk mengurangkan sakit bersalin.

Maka setelah digoogle, saya menemuinya di blog: MobileMom dan SiberKid. Mohon empunya blog memberi keizinan untuk meletakkannya di blog ini bagi faedah bersama. Caranya, dimulakan dengan surah al-Fatihah dan diikuti dengan doa syifa, kemudian ditiupkan ke mata yg infected. Sambil berdoa kepada Allah minta disembuhkan.

3 comments:

H a n e y S i z u k a said...

c nurul x kena ka?na awal2 la kasi ubat.huhu

Bee said...

Kesiannya. Almost one family kena sakit mata. I never got this illnes before. So I am quite curious how people got infected with it. Last time when my friend got it. I sat right next to her in class, hoping I would get infected because I find the idea of having a day or two days MC quite tempting/ Hahah.

We have an outbreak of Sakit Mata here in SST too. Who knows, maybe this year I'll get lucky. I could use the MC to start the first few chapters of my FYP hehe.

mai said...

adui kesiannya. musim kali nih aah..get well soon! :)